Sunday, July 10, 2011

Building RBW for Dummies : Part 1, Check location

Isnin
11 Julai 2011
10 Syaaban 1432

Okay, kini anda telah membuat keputusan untuk melabur dalam industri burung walit ini. Sebelum membuat rumah burung walit (RBW), ada beberapa kriteria yang perlu diperhalusi dulu. Kriteria kriteria ini penting sebagai asas untuk memastikan pelaburan kita itu berbaloi..

1) POPULASI

Cara yang paling mudah untuk mengetahui adakah tempat itu mempunyai populasi yang cukup banyak atau berbaloi untuk kita dirikan RBW ialah dengan memainkan suara check lokasi. Suara ini boleh diperolehi dengan mudah didalam internet. Salah satu tempat yang boleh kalian download ialah di website milik sifu dan juga sahabat saya, Drs Arief Budiman. Layari laman ini dan anda boleh download suara itu secara percuma. www.duniawalet.com

Ada berbagai cara yang anda boleh gunakan untuk mainkan suara ini. yang paling senang, pakai ajer handset. Save suara nie dalam handset dan putarkan di tempat yang anda bercadang untuk dirikan RBW anda.
Portable Speaker yang boleh dipakai untuk memainkan suara check lokasi

Bisa juga pakai yang begini!!! hahahaha

Bila dah diuji, dan hasilnya memang banyak burung di kawasan itu, maka bolehlah anda membuat kira kira untuk mendirikan RBW disitu. Namun, walaupun perkara ini jarang terjadi di Malaysia, sebagai pengetahuan apa salahnya dikongsikan bukan? kalau lebih 80% dari koloni burung yang terdapat di kawasan yang anda uji suara tadi itu keadaan fizikalnya bertubuh besar, maka wajarlah anda melupakan hasrat untuk mendirikan RBW disitu. Ini kerana di kawasan itu hanyalah terdapat banyak burung tua dan proses regenerasi di kawasan itu tidak seimbang.. Harus anda ingat bahawa, burung burung tua ini hampir mustahil untuk berpindah tempat. Jika ianya telah menetap, bersarang, bertelur, berkahwin di RBW itu, maka kemungkinan untuk ia terus tinggal di RBW itu amatlah tinggi. Di RBW yang baru, yang kita pancing ialah burung burung muda...

Kemudian, anda juga harus pastikan kawasan itu merupakan kawasan sentral walit, lintasan walit atau pun daerah pemburuan..
Sentral Walit= Tempat/Lokasi RBW dalam jumlah yg sudah banyak
Lintasan Walit= Alur pulang pergi walet mencari makan
Daerah Pemburuan=lokasi walet mencari makan (biasanya tepi hutan atau daerah persawahan)

2) HABITAT MIKRO

Tak dapat dinafikan, kriteria ini amatlah penting untuk dipertimbangkan. Setiap makhluk perlukan makanan untuk meneruskan kehidupan. Sama halnya dengan perihal burung walit ini. Walaupun masalah ini dapat kita atasi dengan extra fooding di dalam gedung RBW kita nanti, namun faktor makanan semulajadi juga amat penting. Kalau nak dibuat contoh mudah beginilah..

Senario 1
Anda kelaparan, keletihan dan anda ingin mencari hotel untuk menginap. Ada satu hotel 5 bintang di kawasan itu, namun tiada kedai makan di sekitarnya. Namun tak jauh dari situ, lebih kurang 40 kilometer dari hotel itu, terdapat sebuah hotel 3 bintang yang dibawahnya ada medan selera ataupun foodcourt? mana yang anda akan pilih? Kalau aku, aku akan pilih hotel 3 bintang itu kerna tidur pun akan lebih lena jika perut kenyang

Sama lah dengan burung walit ini. Idealnya kalau kawasan yang anda ingin dirikan RBW itu tidak jauh dari sawah/hutan/sungai yang mempunyai sumber makanan bagi burung walit itu.

3) FAKTOR FAKTOR SAMPINGAN

Kalau anda mau selamat, cuba perhatikan dalam kawasan yang anda ingin dirikan RBW itu ada terdapat tak RBW milik orang lain? Kalau ada, tanya mereka bagaimana hasilnya walaupun 90% dari jawapan mereka itu tidak tepat/bohong/ikhlas, namun itu boleh dijadikan sebagai panduan kasar... Namun harus ingat, kalau boleh janganlah pilih tempat yang sudah mempunyai kepadatan yang tinggi... Baik cari tempat yang tak banyak RBW... ini kerana, jika kepadatan yang tinggi, persaingan juga akan meningkat....

Juga, adalah lebih afdal jika RBW ini dibina jauh dari kawasan perumahan... Ini kerana RBW anda nanti akan dipasang dengan suara dan suara ini pasti akan mengganggu kejiranan anda... So dari kena sumpah seranah dengan jiran, baik kita buat jauh sikit dari orang. Betul tak??

So okay.. Nanti aku akan cerita bab lain pulak.. Bab no 2, financial requirement to build RBW...

Regards,
Zienit
1530 HRS
Kemaman, Terengganu